Friday, March 23, 2012

~ Lempeng Simple & Sambal Ikan Bilis ~

_DSC1041
Lama dah sebenar nyer teringin nak buat lempeng. So minggu lepas bahan2 semua ada. Terus malam tu aku masak sambal tumis ikan bilis dulu. Bila dah siapa jer sambal tumis. Lepas tu baru aku buat lempeng. Senang bai tu membuat nyer.  Makan panas2.. kebetulan malam tu hujan punyer la selebat-lebat nyer. Terangkat beb!!. Sambal terpedas plak.. anak2 x leh makan. En. abg terbeli cili kering jenis entah apa tah. Tapi aku tibai jer. Jom tengok resepi membuat lempeng ni. Resepi suker hati aku jer..
Bahan-bahan ( tuk 6 keping )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1/2 st garam
  • minyak masak
  • 1 bij telur
  • 3 sudu besar susu cair
Cara-cara
  1. Tepung gandum, telur, susu cair, air & garam masukkan dalam blender...kisar sampai tepung tak berketul. Adunan mmg cair.
  2. Panaskan kuali lagi elok guna non stick pan. Masukkan sikit minyak masak,ambil sesenduk adunan dan ratakan. Masak dengan api slow. Bila dah masak, balikkan yg sebelah bawah pula.
  3. Bila dah agak kekuningan kira dah masak lah tu. Siap utk dimakan.
Lempeng ini juga sedap jika dicicah dengan sambal tumis udang atau kuah kari. Selamat mencuba!. Jangan takut untuk mencuba kerana gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya. Alaa...buat lempeng je, bukan buat Kek Sarawak pon.. hohoho.

Thursday, March 22, 2012

~ Macam2 Menu Ada.. Terlebih Rajin Sudah ~

_DSC1329
Setelah peti ais baru sampai.. gigih aku ngan en abang pergi pasar beli barang2 basah tuk stok 2 minggu kat Pasar Borong Selangor dekat jer dengan rumah aku. Macam2 kami beli ketam, sotong, udang, ikan bawal, ikan kerisi, ikan tenggiri, ikan merah, ayam dan sayur-sayuran. Menu kat atas ni ler fav aku.. lama dah teringin nak makan masak lemak ketam + kacang buncis. Ketam kurang besar sekilo rm16.50. Kalau dapat yang besar lagi best makan.

_DSC1338
Yang ni sambal sotong fav aku jugak. En abang dengan anak2 x makan sotong. Aku jer sorang bedal sotong ni.

_DSC1339
Sambal ikan tenggiri goreng. Menu permintaan en abang.

_DSC1327
Banyak nyer aku masak masa ari ahad aritu. Walau pon macam2 jenis menu yang ada tapi alhamdulliah semua habis di makan. Yang sambal sotong dan sambal ikan tenggiri goreng banyak tu jer yang aku masak. Sup ikan merah tu si tecik uqail punyer menu. Ikan bawal goreng tu iqbal nyer fav menu. Dan sambal belacan + sayur salad + ulam en abang punyer. Sara plak tak kisah sumer dia makan. Seronok sungguh tengok en abg dgn anak2 makan masa tu selera sungguh. Maklum la air tangan isteri dan ibu sendiri masak sudah pasti sedap kata dorang.

notajariku – seronok lagi makan di rumah dari makan di luar.PlateThumbs up

Wednesday, March 21, 2012

~ Aku Memang Suker Makanan Manis-Manis ~

_DSC1349
Kali ni citer pasal makanan plak. Macam ada musim. Lepas musim tengok wayang kita citer pasal makanan yang lagi heaven ni. Maklum la semenjak dua menjak ada peti ais kat umah aku ni. Penuh stok bahan2 makanan tuk kami sekeluarga. Gambar atas adalah kek secret recepi Chocolate Indulgence fav en abg sebenar nyer. Aku ngan anak2 pon sama gak suker. Siap beli kek sebesar tu semata2 nak makan.

_DSC1347
En abg kata beli jer la.. pasal nak makan xpe. So tulisan kat kek tu happy birthday tuk uqail di sebab kn lagi sebulan lagi birthday uqail akan tiba.

_DSC1351
Perghhh.. heaven tul dapat makan kek indulgence ni.

_DSC0781
Aritu stok susu lemak rendah dengan ais krim vanila + krim ada. Terus anak dara sorang aku suh buat ais blended perasa vanila.

_DSC0783
Ais blended memang fav sara. Kalau pergi pasar malam pasti dia mencari ais blended ni. Dari beli selalu kat luar lebih baik cuber buat sendiri. Lagi puas minumkan.

_DSC0785
Yang ni perasa Ais Blended Oreo.

_DSC1045IMG_4673
Gambar kanan Ais Blended Strawberry dan gambar kiri Ais Blended Vanila. Hilang panas badan dapat minum benda sejuk2 camni.

_DSC1364
Ni masa minggu lepas jugak teringin nak makan puding karemel. Mula2 buat ok jer naik. Bila tang buat gula hangus jadi gula batu plak.. hahaha. Tak jadi siot jer. Geram sakit hati aku tengok terus aku buang. Camne la org buat jadi jer.. xpe gagal sekali bukan gagal selama nyer. Nanti senang belajar buat lagi.. aku pasti bolehhh.


notajariku – suker sangat ler makan benda manis2 nanti dapat kencing manis tahu la. jauh kan la.

Tuesday, March 20, 2012

~ Air Tangan Pn. Zana ~

resepi3
Entry kali ni aku nak kongsi resepi dari menu yang lepas2 pernah aku buat. Permintaan dari kawan FB aka Noorin nak resepi Ikan Siakap Kukus Halia. Sebenar nyer aku dapat resepi menu ni pon dari tenet gak.. ala main campak2 jer.. tapi tak sangka plak ada kawan kat FB menghargai masakkan dari tangan aku ni.. malu syehh. So buat tatapan kawanku.. jom tengok resepi kat bawah ni yer.

IKAN SIAKAP KUKUS HALIA

BAHAN-BAHAN:
Seekor ikan siakap
3 batang serai
3 inci halia
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5 biji cili padi kalau nak pedas
Sedikit kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa 
5  biji limau kasturi

Bahan Tabur :
Daun bawang dan daun limau 


CARA-CARA:
1. Panaskan kukusan.
2. Bersihkan ikan dan kelar-kelar. Lumurkan sedikit garam dan lada sula.
3. Serai dipotong kasar atau tumbuk, bawang besar dimayang, halia dan bawang putih di racik halus memanjang.
4. Gaulkan ikan dengan semua bahan, perahkan jus limau kasturi. Perapkan dalam 10 minit. Campak semua bahan kat atas dalam kukusan.
5. Kukus selama 30 minit. Hidangkan.

Kalau tak ada ikan siakap, ikan-ikan lain yang sesuai pun boleh digunakan. Umpamanya ikan bawal putih atau bawal hitam, ikan ketuka yang macam ikan pari tuu, ikan kembung dan sebagainya. Pada aku kalau nak kukus ikan siakap lagi sedap nak buat kukus halia ni.

resepi1
Ni plak resepi fav kami sekeluarga terutama sekali anak perempuan aku sara ngan en abg. Telur pecah2 dari resepi mak mertua aku. Jom nengok resepi kat bawah ni.

SAMBAL TELUR PECAH-PECAH

BAHAN-BAHAN:
8-10 tangkai cili merah + cili api kalau nak pedas 
1 biji bawang besar (saiz besar klu suker bawang)
1-2 ulas bawang putih
4-5 biji telur ayam
3 sudu makan minyak masak
Garam dan perasa

CARA-CARA:
1. Kisar Bahan cili merah dan cili api sehingga betul-betul hancur dan tapiskan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali
3. Setelah minyak agak panas, tumis bawang putih dan bawang besar. Kacau sentiasa sehingga hampir garing. Dan masukkan cili jugak.
4. Masukkan air asam jawa secukupnya dan kacau lagi sehingga terbit minyak.
5. Masukkan garam perasa secukupnya (jika tak suka guna perasa boleh guna gula).
6. Pecahkan telur satu persatu di dalam sambal dan kacau sehinga hancur.
Setelah kuning telur masak dan disesuaikan dengan rasa, bolehlah diangkat.

resepi2
Tadaa.. ni ler hasil Sambal Telur Pecah-Pecah yang dah siap di masak. Kalau nak taruk ikan bilis pon sedap jugak. Walaupon simple tapi sangat enak dimakan dengan nasi panas. Semoga perkongsian ini menambahkan lagi energi kita menjadi ibu dan isteri yang super duper hebat kepada suami dan anak2 kita.. memasak makanan lazat2 untuk mereka.

notajariku - Penyediaan makanan dari air tangan kita lebih berzat dan bersih dari makanan di luar sana.. hihihi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...