Tuesday, July 31, 2012

~ Kuih Abuk-Abuk ~

_DSC0802Hari yang sama jugak masa buat Nasi Hujan Panas Iftar Ramadhan ke 9 terlebih rajin sudah. Lama sungguh niat dihati nak buat Kuih Abuk-Abuk ni. Kuih Abuk-Abuk adalah kuih tradisional kampung orang dulu-dulu. Bahan-bahan memang tak pakai banyak dan senang membuatnya. Jadi ni la hasilnya setelah siap dikukus. Walaupun rupa paras Kuih Abuk-Abuk aku tak berapa cantik tapi sedap jugak la dimakan.. Isi bakul angkat sendiri.. Hohoho.

_DSC0794

Jom kita kongsi resepi Kuih Abuk-Abuk.

KUIH ABUK-ABUK

Bahan-Bahan

1) 300 gram sagu biji
2) 1 cawan gula melaka (dipotong kecil) atau gula merah
3) ½ biji kelapa parut (bahgian lembut sahaja)
4) Daun pisang (dipotong segi empat sama)
5) Garam secukup rasa
6) Lidi kalau tak boleh pakai stepler (kerat kecil) untuk sematan
7) 2 Helai daun pandan ( masuk dalam air kukusan

Cara-Caranya

1) Bilaskan sagu dengan air bersih dan toskan.
2) Campurkan sagu biji dengan kelapa dan gram. Gaul rata.
3) Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkancampuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
4) Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah.
5) Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh,tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong)
6) Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan
7) Kukus selama 30~40 minit. Jangan lama sangat kukus itu yang terjadi pada kuih Abuk-Abuk aku. Jadi mampat sepatutnya sagu mata ikan jadi berderai. Tak pe baru pertama Kali buat nanti boleh diperbaiki.Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba.

Monday, July 30, 2012

~ Santapan Iftar Ramadhan 9 ~

_DSC0798

Terlebih rajin Iftar Ramadhan ke 9 aku teringin nak masak Nasi Bariani Hujan Panas. Pekena plak dengan Kari Daging, Ayam Masak Merah, Salad + Timun & Papadom. Bila hari Ahad masa untuk penyediaan memang senang maklum la dengan si kecik uqail kalau tak de kakak atau ayah dorang jaga payah sikit la aku nak membuatnya. Alhamdulliah.. menjadi jugak menu kali ni.. nasi lembut semasa makan masih panas2 dan anak dara aku pon suker. So jom tengok resepi membuatnya.

NASI HUJAN PANAS

Bahan-Bahan

4 Cawan Beras Mohgul Faizah Basmati (yg aku guna + air secukupnya ikut beras yg digunakan)

2 Sudu minyak sapi

3 Biji bawang putih

4 Biji bawang kecil

1 Inci halia

2 Bunga kuntum bunga lawang

1 Btg kulit kayu manis

3 Kuntum bunga cengkih

3 Biji Buah Pelaga

1/2 Cawan susu cair

2 Helai daun pandan

Cara-cara
1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3. Panaskan minyak sapi dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4. Masukkan beras dan gaul rata.
5. Masukkan air, dan daun pandan.
6. Masaklah nasi sehingga masak
7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Thursday, July 26, 2012

~ Lauk Simple Pon Dah Sedap ~

_DSC1352

Sebenar nyer ni lama punyer menu masakan.. tapi nak update gak. Walau pon simple masak untuk hari tu tapi sedap jugak. hahaha.. isi bakul angkat sendiri.. kalau sediri tak puji siapa lagi nak puji yer tak. Menu kat atas Masak lemak Cili Api Ayam Campur Kentang. Resepi alaa.. senang jer korang goggle la kat tenet yer.. tapi yang menu aku ni aku campurkan sekali dengan daun salam.. bertambah sedap dan wangi masakan kita jadi nyer.

_DSC1354

Ni Sayur Sawi Masak Rebus Campur Udang.

_DSC1355

Ni plak menu Ikan Bawal Goreng.. ikan kegemaran anak bujang aku si iqbal. Sekor ni pon di boleh habis kan sorang. Hari ni tak masak pon aku kat rumah.. beli tapau jer. Bahan-bahan basah dan kering semua dah habis. Tengok la malam ni ada kelapangan nak singgah Giant Kinrara. So selamat berbuka semua yer.. Jangan lupa baca doa berbuka.

Tuesday, July 24, 2012

~ Sambal Tokok ~

_DSC0793

Sambal Tokok.. aku dapat dari resepi mak mertua aku. Kira resepi dari nenek moyang dulu2 la ni. Bila en abg selalu makan sambal tokok ni. Aku pon belajar ler membuat nyer. Bukan susah sangat pon. Macam buat sambal belacan jugak. So bila bulan ramadhan tiba.. buat banyak2 pastu simpan dalam peti sejuk. Bila sahur bole la makan dengan nasi panas2.. memang sedap. Jom tengok resepi di bawah.. kita kongsi2 resepi.

_DSC0790

BAHAN-BAHAN

Cili Merah  5 btg + Cili Api 5 btg

Ikan Bilis segenggam

Bawang kecil 4 ulas

Limau Kasturi 4 biji.

Garam & Gula (sedikit)

CARA-CARA

Goreng ikan bilis dalam kuali tak de minyak.. cili dilayukan dalam periuk nasi masa nasi tu dah kering. Tumbuk cili, bawang kecil dan ikan bilis jgn bagi hancur sangat.. perah limau kasturi.. taruk garam dan gula.. dah siap sedia untuk dihidang.

Monday, July 23, 2012

~ Kuih Buah Melaka @ Onde-Onde ~

_DSC0786

Alhamdulilah.. sudah hari ke-dua kita berpuasa iaitu semalam. Juadah pencuci mulut kali ni aku buat Kuih Buah Melaka @ Onde-Onde atas permintaan anak daraku Sara. Beriya-iya menyuruh aku menyediakan bahan-bahan. So bila dah ada semua bahan-bahan terus aku tunjukkan dekat sara bagaimana nak membuat nyer. Dia yang mengulikan Kuih Buah Melaka @ Onde-Onde. Aku cumer tolong sikit2 jer. Gambar atas la hasil santapan kami tuk berbuka.. nyummy.

sara18
Tengok anak daraku tekun sungguh membuat Kuih Buah Melaka @ Onde-Onde. Siap ada dua warna lagi hijau dan merah. Sajer jer buat macam2 warna. Yang perwarna hijau pakai daun pandan dan di blender + perwarna hijau dan yg merah cumer taruk perwana merah jer. Meriah gitu kan.
 
KUIH BUAH MELAKA @ ONDE-ONDE

Bahan-bahan ( 20 biji )

* 10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
* 2 ketul gula melaka
* 2 cawan tepung pulut dan sedikit tepung gandum
* 1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja
* secubit garam- digaulkan bersama kelapa

Cara-cara

1. Buat dua aduanan tuk buat dua warna, bancuh tepung bersama air daun pandan dan campur perwarna supaya warna hijau menyerlah sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalu lembek dan keras.(agak2 boleh dicubit)
2. Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
3. masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
4. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sblm di gaul dgn kelapa.

Selamat Mencuba.

~ Roti Jala Berwarna ~

_DSC0783

Salam Ramadhan buat pengunjung blog Koleksi Santapanku.. Baru kesempatan mengupdate juadah iftar hari pertama kami anak beranak. Macam2 permintaan anak2 sebenar nyer tuk memenuhi selera dorang. Aku cumer buat Roti Jala berwarna sajer.. kebetulan en abg ajak berbuka di rumah ibu mertuaku. So tak yah susah2 memasak pada hari pertama berpuasa. Jom layan Roti Jala berwarna pertama kali buat.

sara19

Kebetulan aku baru sajer meng-order  acuan untuk menbuat roti jala berwarna ni melalui online kat sini kalau nak beli. Jauh tu dari Serawak lagi.. untuk dua botol acuan cumer RM18 hingget saje. Memang senang mengunakan.. cepat, ringkas dan yang penting dapur tak kotor. Gambar atas la rupa cam mana nak menjala roti.. tertarik dan menarik selera nak makan.. anak2 yang paling suker sampai berebut2 nak membuat nyer. Di akhir menjala dapat la jugak aku tapau sikit dekat kakak aku yang duduk sebelah rumah, jiran sebelah lg dan yang bekas besar tapau bawak ker rumah ibu mertuaku.
 

ROTI JALA BERWARNA

Bahan-Bahan

4 cawan tepung gandum

1 cawan susu cair

2  cawan air (agak2)

garam secukup rasa

2 warna yang berbeza

1 biji telor

Cara-Cara

Blend kesemuanya. tapiskan adunan supaya tidak berketul2, bahagikan 2 bahagian, warnakan 1 bahagian warna yang berbeza dan 1 bahagian lagi warna yang lain masuk kan kedalam botol muncung 3.. 1 botol picit secara melintang di atas non-stick pan 1 botol  lagi warna yang berbeza picit secara menegak.

selamat mencuba

 
notajariku – Roti Jala Berwarna siap makan dengan Kari Daging + Kentang.
 

Friday, July 20, 2012

~ Peralatan MemBaking Siap Sudah Di Beli ~

_DSC0717
Baru-baru ni aku baru jer beli oven, microwave dan mixer. Orang kabinet dapur dah datang ukur nak buat kabinet built in aku. Tapi tak tahu leh siap ker tidak sebelum puasa. Peralatan semua dah beli. Kalau tak siap pakai jer la oven tu dalam keadaan bogel.. hihihi. Sian oven dengan microwave aku. Gambar atas peralatan nak membaking nanti. Beli kat Ikea.. siap semua peralatan ada. Tak sabar dah rasa nyer nak buat biskut raya.

_DSC0773
Ni plak aku beli buku melalui kawan facebook. Kebetulan memang aku cari buku2 resepi kek dan biskut. Sekali dua buku aku beli dengan harga RM100 tuk dua buku tu.

_DSC0776
Ingatkan buku ni besar la sangat nampak dalam gambar. Tapi bila sampai comel jer. Tapi tak pe la lagi kecik lagi senang nak membawa masa nak membaking nanti.

_DSC0780
Ni plak 100 Piece Cake Decorating Kit.. puas aku mencari benda ni. Kebetulan kat groupon malaysia ada jual dengan harga RM26 hengget klu tak silap. Dengan tak pikir panjang terus aku order. Kalau lambat nanti cepat habis.. lak tu murah plak tu. Ada tu harga sampai Rm50 hengget.

_DSC0782
100 piece decorate cakes and cookies : Dots/Balls Writing/Lines Confetti Shells, Braided Rope Loop Border Roses, Petals Zig-Zag Garland Blossoms, Basket Weave Leaves, Flowers. Dan termasuk FREE Storage Box. Gila kentang banyak peralatan decorating kit ni. Senang la esok kalau aku nak mendeco-deco kek dan biskut aku nanti.. memang best sangat dapat beli.

Thursday, July 19, 2012

~ Ikan Siakap Kukus Masak Pindang ~

_DSC0769
Resepi bikin sendiri Ikan Siakap Kukus Masak Pindang. Sajer tukar2 selera selalu nyer aku masak Ikan Siakap Kukus Halia tapi cuba menu ni plak. Sekejab jer nak menyediakan bahan2 ni.  Setengah jam  siap sudah menu Ikan Siakap Kukus Masak Pindang aku tuk dimakan. Bila anakku iqbal makan kata nyer memang sedap.. hahaha bagus2 ibu mu masak bagi 4 bintang.. kira air tangan ibu adalah yang terbaekkan. Jom kongsi resepi kalau nak mencuba.

Bahan-Bahan :

Ikan Siakap,
Bawang putih 2 ulas,
Bawang kecil 4 ulas,
Halia setengah inci,
Cili merah,
Belacan, bawang besar,
Serai 3 batang,
Limau kasturi,
Kacang buncis
Daun limau.

Cara-Cara :
Tumbuk bawang putih, bawang kecil, halia, cili merah dan belacan. Tumiskan dalam periuk bila dah naik bau tambah air ikut suker hati campur bawang besar yg dihiris serai di ketuk, kacang buncis dan daun limau kukuskan ikan siakap (tapi ikan ni lumurkan dengan garam, lada sulah) dan perah limau kasturi atas ikan siakap. kukus selama 20 minit siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas dan Ikan Siakap Kukus Masak Pindang panas-panas.. memang sedap. 

Thursday, July 12, 2012

~ Mee Kuah ~

_DSC0762
Cepat, ringkas dan sedap.. itu la Mee Kuah gambar atas yang baru sajer aku menjamu seleraku. Serius memang sedap. Resepi ni pon aku google dari blogger jugak iaitu Kak Yah. Nampak senang itu yang membuatkan aku tertarik nak mencuba. So siapa berminat dengan Mee Kuah ni jom tengok resepi di bawah.

BAHAN-BAHANNYA:

1 bungkus mee kuning sekitar setengah kilo
4 ulas bawang putih
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
3 batang sawi
10 ekor udang
Beberapa potong daging ayam
3 ekor sotong (jika ada)
sekeping tauhu (jika ada)
Beberapa biji bebola ayam
1 biji tomato (jika ada)
2 biji telur
2 biji limau kasturi
Minyak untuk menumis

CARA-CARANYA:

Ketuk bawang putih. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih. Kemudian masukan cili giling.Biar sampai naik bau. Masukkan sos-sos dan masukkan juga potongan daging.  Kacau seketika. Masukkan air (kira-kira sesuai dengan mee tersebut.) Biar sampai mendidih.  Kemudian masukkan udang dan sotong yang telah dipotong kecil.. masukkan tauhu yang telah dipotong kecil.  Masukkan juga bebola ayam. Masukkan gula dan garam dan perah limau kasturi. Masukkan juga sebiji telur.  Biar telur masak. Masukkan sayur, tomato dan mee yang telah dibasuh dengan air panas. Tutup api dan sedia untuk dimakan.

Tuesday, July 10, 2012

~ Dadih Kegemaran Anak-Anak ~

_DSC0714
Kali ni aku buat Dadih perasa mangga pulak. Atas permintaan anak-anak.. dorang memang suker makan dadih.. apa2 perasa pon xpe janji sedap. Jom layan gambar Dadih perasa Mangga dan Coklat kat bawah ni.

_DSC0709
Isi dalam acuan yang comel2 ni supaya senang nak makan dan nampak cantik.

IMG_5819
Siap sudah tunggu nak masukkan dalam peti sejuk.. sejuk2 makan memang sedap.

_DSC0759
Ni plak hari lain.. rasa nyer 2 hari selepas buat Dadih Manga. Gambar atas Dadih perasa coklat.

IMG_5813
Aku guna peket Happy Grass serbuk Dadih perasa buah-buahan. Masa aku beli cumer ada perasa coklat dgn mangga ajer. Kalau ada perasa strawberry atau anggur ker lagi best agak nyer. Jom tengok cara-cara aku membuat nyer memang senang jer.

BAHAN-BAHAN: Sebuk Dadih, susu cair, gula pasir dan gula buah-buahan.

CARA-CARA: Didihkan 300ml air, 100gm gula dan 1 tin (400ml) susu cair. Padamkan api, campurkan kandungan dadih.. kacau lima minit. Masukkan gula-gula buah-buahan acau hingga rata. Tuangkan ke dalam acuan. Dan akhir sekali bekukan didalam peti sejuk.
 

Monday, July 2, 2012

~ Makan-Makan Lunch 1 Julai 2012 ~

_DSC0696

Masa ni tarikh pada 1 Julai 2012. Jatuh nyer Ulang tahun kelahiran dan ulang tahun pekahwinan aku yang ke 11 tahun. Memang hari tu kami semua tak kemana.. so dengan gigih aku memasak jugak. Menu2 kat bawah la santapan kami anak beranak. Jom layan. Gambar atas Telur Bungkus.

_DSC0699

Sambal Ikan Tenggiri.. Ikan dah tak nampak.. di lindungi oleh sambal2 yang menduyun banyak nyer.

_DSC0702

Sup Kepala Ikan Merah.

_DSC0705

Menu ank bujang tecik aku.. Bubur Kosong makan dengan Sup Ikan Merah.

_DSC0700

Salad dengan belacan harus ada dalam santapan kami.

_DSC0707

Nahh.. banyak nyer menu kami.. walau pon bermacam jenis menu tapi semua yang aku buat dengan kadar sedikit. Alhamdulilah.. semua habis sampai ker malam kami repeat makan lagi. Petang tu tak jangka plak kami pergi beli oven, microwave dan mixer di Pameran Kitchen World. Terima kasih ler en abg coz bagi hadiah birthday & anniversary kita sekali. Tak sabar nak nunggu Kitchen Cabinet siap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...