Monday, October 29, 2012

~ Tempahan Dari Air Tanganku ~

kek13

Jom layan tempahan yang pernah aku buat. Sebenar nyer.. suker-suker jer aku buat kek-kek ni. Orang-orang yang rapat jer aku terima tempahan. Aku pon bukan pandai sangat nak berdeko-deko bagai. Gambar atas tempahan dari neena masa Hari Raya AidilAdha aritu.

kek14

Tempahan dari Neena jugak.

kek12

Aku buatkan kek tuk ibu mertuaku sempena Hari Raya AidilAdha.

kek11

Tempahan dari Liza aka jiran.

kek10

Ni plak aku sajer buat tuk makan-makan. cream tak cukup main redah jer.. hahaha.

kek9

Tempahan dari adikku Kak Cik sempena hari Lahir suami dia.

kek15

Tempahan dari kakak aku.. kak ngah. Tuk makan-makan kat ofis dia. Semua kek kat atas ni adalah Kek Lobak Merah. Semua atas permintaan.

Notajariku -  Buat yang menerima tempahan.. minta maaf la kalau-kalau ada kekurangan yer.

Monday, October 22, 2012

~ Kek Batik Arora ~

_DSC0852

Resepi asal : dari Dapur Azita Zain.

Bahan-bahan :

  • 250gm mentega
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu kecil cream of tartar
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 6 biji telur
  • 250gm tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 5 jenis pewarna / perisa

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 170C.
  2. Lenser loyang dengan marjerin dan taburkan dengan tepung. Ketepikan.
  3. Ayakkan tepung bersama dengan baking powder dan cream of tartar. Ketepikan.
  4. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu persatu (pastikan telur tu dah sebati barulah dimasukkan sebiji lagi hinggalah habis) dan pukul hingga rata.
  6. Tutp mixer. Masukkan campuran tepung dan gaulkan adunan secara kaedah kaup dan balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian yang sama banyak. Masukkan pewarna / perisa ke dalam setiap bahagian dan gaul rata.
  8. Sudukan adunan satu persatu ke dalam loyang sehingga semua adunan habis.
  9. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan api bawah selama 45 - 60 minit atau sehingga kek masak dengan sempurna.

Monday, October 15, 2012

~ Ayam Golek ~

_DSC0478

Semua menu aku buat akhir-akhir ni pertama kali aku buat.. maklum la budak baru belajar. Semuanya nak di cuba. Kali ni menu istimewa dari resepi mak mertua aku iaitu Ayam Golek. Jom tengok cara penyediaan dan resepinya.

_DSC0476

Kena sediakan bahan-bahannya. Awal-awal aku dah suruh en abang belikan ayam bersaiz besar kat kedai.

_DSC0485

Ayam Golek in da making dalam oven. Masa ni rasa tak sabar Ayam Golek siap di masak.

_DSC0491

Siap sudah Ayam Golek.. di bakar dengan sempurna sekali. Masa ni aku tak sempat buat sos untuk cicah dengan Ayam Golek cuma cicah dengan sos cili yang siap dalam botol jer. Iqbal dengan en abang kata sedap.. lain kali boleh buat lagi.

AYAM GOLEK

1 sudu besar Jintan Putih

1 sudu besar Jintan Manis

1 sudu besar Ketumbar

4 biji Bawang Putih

7 biji Bawang kecil

6 tangkai Cili Kering

2 btg Serai

sedikit Santan.

Garam dan serbuk kunyit

Cara-Caranya

Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali serai dan santan. Bila kisar jangan terlalu banyak air. Biar kasi pekat2 airnya. Gaul bahan-bahan yang telah dikisar kat ayam. Titik kan serai dan tepuk-tepukkan santan kat sekeliling kulit ayam. Kemudian perapkan.. aku buat dalam 5 jam gitu lepas tu bakar dalam oven.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...