Thursday, August 16, 2012

~ Juadah Berbuka Puasa ~

_DSC0867

Jom aku nak kongsi koleksi menu berbuka puasa aritu. Ramadhan yang ke berapa tak ingat plak. Bila ada masa kelapangan dah tentu-tentu kita sebagai isteri nak memasak tuk juadah berbuka puasa yang terbaik. So menu di atas adalah Masak Lemak Cili Padi Labu. Gulai kegemaran kami sekeluarga.

_DSC0869

Yang plak sambal sotong paling maveloss.. merah menyala. Masih sekarang bila tengok pon dah terliur.

_DSC0865

Diantara menu yang ada sekali ikan goreng cicah dengan air assam. Kuih keria permintaan en abang. Pecuci mulut buah tembikai dan mee kari dengan cokodok pemberian kakak aku sebelah rumah. Alhamdullilah.. syukur pemberian rezeki dariMU.

Thursday, August 9, 2012

~ Pecal ~

_DSC0845Juadah untuk berbuka puasa jugak aritu. Lama sungguh aku tak buat. Dulu masa masih anak dara selalu gak mak aku suruh buat Pecal. Katanya Kuah Pecal yang aku buat sedap. Jom tengok resepi Kuah Pecal caraku.

KUAH PECAL
Kacang tanah (disangai dan dikisar )
Bawang putih sebiji (ditumbuk)
Belacan (ditumbuk)
Cili padi jika nak pedas (ditumbuk)
Gula Merah
Asam jawa
Gula
Garam

Cara-Caranya

1. Tumbuk bawang putih, belacan dan cili padi hingga halus.
2. Campurkan bahan kisar iaitu kacang tanah
3. Tambah air asam jawa, gula, gula merah dan garam.
4. Gaul sedikit demi sedikit air assam jawa dan bahan semua diatas.

Wednesday, August 8, 2012

~ Bihun Goreng ~

_DSC0850

Menu kali ni adalah santapan berbuka puasa jugak. Hari-hari makan nasi sekali sekala teringin gak nak makan Bee Hoon Goreng. Tak ada apa yang menarik campuran cuma sotong, udang dan daging. Sedikit kicap manis, tumis bawang kecil, bawang putih dan sedikit cili kering. Siap sudah tuk kami anak beranak menimati juadah yang ada.. Alhamdulilah.

~ Kali Ke2 Buat Kuih Keria ~

_DSC0843

Perghh.. mabeles. kali ni aku buat untuk gula sira menjadi. Aku suker macam Kuih Keria yang aku buat ni gula sira tak terlampau banyak dan manis sangat. Sedap dan lembut jer makan. Ni adalah kali kedua aku buat Kuih Keria atas permintaan en abg. Aku hanya menurut perintah sajer sebagai isteri.. hihihi.

_DSC0836

Senang dan cepat jer aku bentukkan Kuih Keria tanpa gangguan si kecik uqail.

_DSC0839

Hari sabtu aritu en abg mintak aku buatkan lagi kuih keria untuk kali ke 3. Tapi di sebabkan dah pukul 5 baru en abg cakap. Tak dapat la aku tunaikan permntaan en abg. Lagi pon dah lambat dan ubi keledek pon tak pergi beli lagi. Dalam bulan ramadhan ni dah 3 kali aku buat Kuih Keria ni. Sedap la gamak nyer Kuih Keria yang aku buat ni. Agak-agak boleh buat berniaga tak.. hihihi.

~ Lepat Pisang Caraku ~

_DSC0888

Dari buang sajer pisang yang ada pemberian oleh jiran aku. Lebih baik aku buat lepat Pisang untuk santapan kami sekeluarga berbuka puasa nanti. Lagi pon bahan-bahan semua dah ada. Gambar atas la hasil Lepat Pisang yang sudah siap di kukus. Tunggu untuk dimakan bila tiba azan Mahgrib berkumandang petang nanti.

_DSC0871

Pisang untuk di diasingkan kulit dan di lenyek nanti.

_DSC0878

Sedia untuk dibungkus dan taruk kelapa parut muda di tengah.

_DSC0879

LEPAT PISANG

BAHAN-BAHANNYA :-)

10 biji pisang emas/berangan/montel lecek
1 cawan tepung gandum
2 s/b gula
garam
kelapa parut muda
Daun pisang secukupnya, dilayur dan potong pada saiz yang sesuai

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Lecek pisang tadi bersama sedikit garam dan gula hingga halus. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tepung habis. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan kukusan. Ambil sehelai daun pisang yang telah disiapkan awal tadi. Letak 2 camca besar adunan di tengah2 daun pisang dan ratakan. Dan taruk kelapa parut di tengah2. Bungkus seperti biasa anda membentuk lepat pisang. Buat hingga siap dan kukus atas air menggelegak selama 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Menghasilkan 10 - 15 biji kuih bergantung pada saiz. 

Sunday, August 5, 2012

~ Cek Mek Molek La Sangat ~

_DSC0824

Kuih Cek Mek Molek adalah salah satu kuih kegemaran aku. So aritu masa buat kuih keria sikit aduanan aku buat kuih cek mek molek ni. Berjaya jugak ler aku membuat nyer sedap dan lembut. Cumer kat adunan ni aku tambahkan majerin sikit supaya lebih sedap dan lembut lagi.

KUIH CEK MEK MOLEK
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-Bahannya

4 biji ubi keledek saiz sederhana
2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
gula secukupnya

Cara-Caranya

Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan, letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas sehingga masak kekuningan.

Friday, August 3, 2012

~ Kuih Keria vs Donut ~

_DSC0825

Kuih Keria vs Donut.. hahaha lantak la ko zana. Suker hati jer buat Kuih Keria pakai gula ising. Sebenar nyer Kuih Keria yang aku buat ni memang dah cantik dan sedap sangat. Sampai en abg kata nak suruh buat lagi keesok hari nyer. Kira hari2 mintak ler. Penat la macam tu en abg oii. Disebabkan aku takut nak buat gula sira.. (tak pernah buat pon). Kang kalau buat terus tak jadi dan jadi lembik.. nak tak nak lebih baik tak payah.

_DSC0812

Ni anak dara aku yang tolong kopek dan lenyek kan ubi keledek.. huhh bagus2 boleh diharap pon.

_DSC0815

Camni la rupa nyer nak bentukan Kuih Keria pon senang.. cumer kalau melekat taruk minyak kat tangan senang nak buat sikit.

_DSC0838

KUIH KERIA

Bahan doh:-

400gm ubi keledek ( seketul keledek tu seberat 400gm)

50gm tepung gandum

sedikit garam

 

Bahan untuk sira kuih keria:-

2 sudu makan gula

1/3 cawan air

Cara membuat kuih Keria:

1. Bentukkan bulat sebesar bola golf. Tekan leper dan buat lubang di tengahnya. Bentukkan menjadi kuih keria.

2. Buat hingga habis dan goreng hingga keemasan. Ketepikan.

Cara membuat sira gula:

1/4 cawan gula pasir dicampur 1/4 cawan air. Masukkan dalam kuali dan kacau hingga mendidih. Gunakan api sederhana. Kacau sentiasa hingga air gula agak pekat. Perlahankan api tapi pastikan air gula sentiasa mendidih. Masukkan semua kuih keria dan terus mengacau hingga menjadi sira. Tutup api. dan sejukkan kuih.

Thursday, August 2, 2012

~ Ikan Siakap Bakar ~

_DSC0828

Ikan Siakap Bakar pertama kali buat.. selalu nyer aku akan buat dengan ikan kembung atau ikan selar. Bila dah rasa lepas makan berbuka hari tu. En abg kata memang sedap.. lain kali bole buat lagi. Air Assam tu la pekena dengan Ikan Siakap Bakar. Maveloss sungguh dengan kepedasan yang menyengat membangkit selera aku sekeluarga. Jom tengok cara-cara aku membuatnya.

IKAN SIAKAP BAKAR

Bahan-Bahan

Ikan Siakap dibelah dua.

2 biji Bawang putih

4 biji Bawang kecil

1 inci Halia

4 tangkai Cili Kering

Sedikit Serbuk Kunyit

Kertas Timah/Daun Pisang

Limau Kasturi untuk perahan setelah dibakar.

Garam secukup rasa.

Cara-Caranya

Belander semua bahan-bahan diatas.. kemudian perapkan untuk beberapa jam. Balut dengan kertas timah atau daun pisang. Bakar selama 15 minit. Kemudian sedia untuk dihidang.

Wednesday, August 1, 2012

~ Air Assam Cara Bondaku ~

_DSC0811

Hari-hari memikirkan menu apa yang hendak di masak untuk keluarga santapan berbuka puasa. Fikir2 punya fikir teringin plak nak membuat ikan bakar. Kalau dah buat ikan bakar tentu2 cicahnya dengan air assam. Kali ni aku nak kongsi Air Assam cara bondaku. Jom tengok resepi dan cara membuatnya.

_DSC0803

AIR ASSAM

Bahan-Bahan :- Cili Api 3 biji, Bawang Putih 1 biji (ditumbuk), Cili Api 3 biji (dihiris), Bawang Kecik 2 biji (dihiris), Tomato (dihiris), Belacan (dibakar), Air Assam dan Kicap Manis.

_DSC0807

Cara-caranya memang ler tersangat senang.. hiris bahan2 yg nak dihiris tadi. Tumbuk cili api, bawang putih dengan belacan. Kemudian campurkan kicap dengan air assam.. siap bole di makan dengan ikan bakar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...