Tuesday, July 31, 2012

~ Kuih Abuk-Abuk ~

_DSC0802Hari yang sama jugak masa buat Nasi Hujan Panas Iftar Ramadhan ke 9 terlebih rajin sudah. Lama sungguh niat dihati nak buat Kuih Abuk-Abuk ni. Kuih Abuk-Abuk adalah kuih tradisional kampung orang dulu-dulu. Bahan-bahan memang tak pakai banyak dan senang membuatnya. Jadi ni la hasilnya setelah siap dikukus. Walaupun rupa paras Kuih Abuk-Abuk aku tak berapa cantik tapi sedap jugak la dimakan.. Isi bakul angkat sendiri.. Hohoho.

_DSC0794

Jom kita kongsi resepi Kuih Abuk-Abuk.

KUIH ABUK-ABUK

Bahan-Bahan

1) 300 gram sagu biji
2) 1 cawan gula melaka (dipotong kecil) atau gula merah
3) ½ biji kelapa parut (bahgian lembut sahaja)
4) Daun pisang (dipotong segi empat sama)
5) Garam secukup rasa
6) Lidi kalau tak boleh pakai stepler (kerat kecil) untuk sematan
7) 2 Helai daun pandan ( masuk dalam air kukusan

Cara-Caranya

1) Bilaskan sagu dengan air bersih dan toskan.
2) Campurkan sagu biji dengan kelapa dan gram. Gaul rata.
3) Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkancampuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
4) Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah.
5) Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelonsong (jangan terlalu penuh,tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong)
6) Lipatkan kelonsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan
7) Kukus selama 30~40 minit. Jangan lama sangat kukus itu yang terjadi pada kuih Abuk-Abuk aku. Jadi mampat sepatutnya sagu mata ikan jadi berderai. Tak pe baru pertama Kali buat nanti boleh diperbaiki.Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...