Cepat, ringkas dan sedap.. itu la Mee Kuah gambar atas yang baru sajer aku menjamu seleraku. Serius memang sedap. Resepi ni pon aku google dari blogger jugak iaitu Kak Yah. Nampak senang itu yang membuatkan aku tertarik nak mencuba. So siapa berminat dengan Mee Kuah ni jom tengok resepi di bawah.
1 bungkus mee kuning sekitar setengah kilo
4 ulas bawang putih
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
3 batang sawi
10 ekor udang
Beberapa potong daging ayam
3 ekor sotong (jika ada)
sekeping tauhu (jika ada)
Beberapa biji bebola ayam
1 biji tomato (jika ada)
2 biji telur
2 biji limau kasturi
Minyak untuk menumis
CARA-CARANYA:
Ketuk bawang putih. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih. Kemudian masukan cili giling.Biar sampai naik bau. Masukkan sos-sos dan masukkan juga potongan daging. Kacau seketika. Masukkan air (kira-kira sesuai dengan mee tersebut.) Biar sampai mendidih. Kemudian masukkan udang dan sotong yang telah dipotong kecil.. masukkan tauhu yang telah dipotong kecil. Masukkan juga bebola ayam. Masukkan gula dan garam dan perah limau kasturi. Masukkan juga sebiji telur. Biar telur masak. Masukkan sayur, tomato dan mee yang telah dibasuh dengan air panas. Tutup api dan sedia untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment