Tuesday, September 18, 2012

~ Kek Keju Oren ~

_DSC0621

KEK KEJU OREN

Bahan-bahannya
Bahan A
5 biji putih telur
80gm gula halus
1/4 sudu teh krim of tartar

Campur semua bahan dan pukul sampai pekat dan beku.

Bahan B
250gm krim keju
100gm mentega
5 biji kuning telur
80gm gula halus
130gm tepung naik sendiri
Sebiji limau sunkish(parut kulitnya dan ambil juga airnya)
50ml susu segar

Putar krim keju, mentega dan gula hingga kembang.  Masukkan kuning telur satu persatu dan putar sampai habis. masukkan juga kulit limau dan jusnya.  Putar.   Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan dan diikuti dengan susu segar.  Putar(kelajuan rendah) sampai sebati.
Masukkan bahan A.  Kaut dan balik.
Sapukan loyang dengan margerin dan alas dengan kertas kek.  Masukkan adunan.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180C selama 1 jam.(15 minit pertama gunakan api bawah dahulu dan bakinya guna api atas dan bawah)

~ resepi  asal Dapur Kak Yah ~

Thursday, September 13, 2012

~ Pizza Mavelos ~

_DSC0575

Hari ke hari nak belajar membuat pizza. So aritu ada kelapangan terus pergi beli bahan-bahan nak membuat pizza. Rupa-rupa nyer bila dah buat memang senang sangat. Dapat resepi pon goggle dari intenet jer. Berbaloi-baloi buat sendiri.. sekejab dah siap dan puas makan. Jadi la seperti gambar di atas Pizza Mavelous pertama kali aku buat.

_DSC0577

PIZZA MAVELOS

BAHAN DOH :-)

  • 500 g tepung roti
  • 250 ml air suam
  • 10 g yis segera
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh bread softerner (kalau tak taruk xpe)
  • 1 camca teh bread improver
  • oregano

BAHAN ISIAN :-)

  • 1 1/2 cawan sos tomato @ sos membuat spaghetti
  • 6 batang sosej ayamas
  • 1/2 biji red capsicum
  • 1/2 biji yellow capsicum
  • 1/2 biji green capsicum
  • 1 biji buah tomato
  • Keju Mozarella secukupnya
  • 1 camca teh lada hitam
  1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, oregano, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.
  2. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.
  3. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.

Monday, September 10, 2012

~ Ketam Goreng Bersos ~

_DSC0624

KETAM GORENG BERSOS

Bahan-Bahan

  • 6 ekor ketam sederhana besar *
  • 1 sudu teh kunyit, 1 sudu teh garam. 1 sudu besar tepung ubi, minyak untuk menggoreng
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 5 ulas bawang kecik ditumbuk halus
  • 5 batang kacang buncis
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat2
  • 2 inci lobak merah
  • 1/2 biji cili bengala
  • 4 sudu sos cili (nak pedas tambah cili giling)
  • 1 sudu pati ayam dan 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Bersihkan ketam..tambah kunyit,garam dan gaul rata....panaskan minyak dan goreng hingga garing...ketepikan
  2. Buang sikit minyak goreng ketam tadi dan tinggalkan hanya lebih kurang 2 sudu besar dan tumis bawang putih bawang kecil hingga wangi --- masukkan semua bahan lain dan kacau sebati. --- tuang atas ketam.... sedia untuk hidangan.

Friday, September 7, 2012

~ Kek Lobak Merah ~

_DSC0608

Kali ke dua aku mencuba buat Kek Lobak Merah. Bila sekali buat rasa gian nak buat lagi. Lagipon kek ni bila sekali makan rasa nak makan lagi smpi habis.. sedappp. hihihi. Aritu buat tak de topping atas kali ni taruk krim keju.. mmg sedap. Siap aku mendeko-deko lagi.

_DSC0605

Ni la hasil nyer Kek Lobak Merah aku. Bila tak sedap tengok decoration kek ni pon jadi sedap. Pepepon Kek Lobak Merah ni serius memang sedap.. mak, adik, kakak, en abg pon kata sedap.. boleh buat berniaga kata dorang. Yelahhh tu.

notajariku-  tapi kek tu macam turun sikitkan.

Tuesday, September 4, 2012

~ Kek Marble ~

_DSC0013

Hasil dua buku Kek Marble semasa kali pertama membaking aritu. Sama hari dengan membuat Kek Lobak Merah. Memang mavelos nasib baik menjadi. Kek di bakar dengan sempurna. Warna pon menarik selera nak makan.

_DSC0014

Kek Marble yang ni warna tak berapa cantik. Masa kacau tu tak sampai bawah. Hasil nyer jadi macam tu. Tak pe la janji sedap.. hihihi. Kita kongsi resepi Kek Marble kat bawah ni. Senang sukat pakai cawan jer.

KEK MARBLE

Bahan-Bahan (loyang 8 in)

3 cawan Tepung Gandum

1 1/2 cawan Gula Halus

1 1/2 cawan Mentega

1 sudu kecil Baking Powder

5 biji Telor

1 sudu kecil Asen Vanilla

3 jenis Pewarna

sedikit bancuhan Susu Tepung atau Susu Pekat.

Cara-caranya

Pukul/mixer mentega dengan gula halus sehingga kembang. Masukkan telor sebiji demi sebiji sehingga kembang. Masukkan tepung, baking pawder yang telah di ayak akhir sekali taruk asen vanilla dan susu tepung atau susu pekat. Bahagikan tiga warna berbeza. Tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Tuangkan kedalam loyang @ bekas berselang seli atau berlapis dan bakar pada suhu 180C selama 45 min atau sehingga masak. Suhu oven bergantung kepada oven jugak. Kena jaga-jaga masa pembakaran.

Sunday, September 2, 2012

~ Kek Lobak Merah ~

_DSC0007
Kek Lobak Merah menjadi kali pertama aku dan kakak aku buat untuk projek membaking kami masa bulan ramadhan aritu. Dapat resepi pon dari kakak ipar kakakku. Senang dan ringkas yang penting janji sedap. Jom tengok resepi yang aku share kat bawah. Selamat mencuba.

KEK LOBAK MERAH

Bahan-Bahan
- 2 cawan Tepung naik sendiri
- 1 cawan gula kastor
- 1 cawan walnut - dibakar & dicincang kasar
- 1 cawan Butter 
- 5 biji Telor
- 1 batang Lobak Merah di parut – dibakar sekejab
- 1 sudu teh asen vanilla

Cara-caranya

Panaskan oven 180 celcius, sediakan loyang & sapu mentega. ketepikan. Bakar walnut lebih kurang 8 min pastu sejukkan. lepas tu cincang kasar2 walnut tu ketepikan. kikis kulit lobak merah & parut halus2 pon bakar sekejab ketepikan. amik mixture, pukul butter dan gula sampai kembang (dlm 1 min) pastu bubuh telur sebiji demi sebiji pukul lg sampai pekat & putih (dlm 3-4 min). tambah asen vanilla, pukul... akhir sekali sekali bubuh tepung sikit2 n pukul sekejap jek sampai sebati. guna senduk masukkan lobak merah & walnut, gaul sikit semua bagi rata. siap bubuh dlm tin/loyang pembakar masuk oven selama 45- 1 jam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...