Sunday, December 2, 2012

~ Durian Crepe ~

_DSC0947

Kali ke-2 nyer aku buat Durian Crepe. Mula-mula hari tu aku buat dengan kakak aku. So bila dah pandai camne nak buat crepe yang nipis senipis-nipis nyer. Baru la aku berani nak buat sendiri. Hasil nyer memuaskan hati. Tak terkoyak pon crepe yang aku buat ni. Terbaekk laa.

_DSC0945

Siap taruk dalam bekas plastik lagi.. cam nak menjual plak.. hehehe.

_DSC0952

Aku buat lebih sikit coz niat memang nak bagi kat ibu mertuaku.

_DSC0941

Mula-mula aku buatkan dulu crepe tu sampai habis adunan. Pilihan warna kuning dan hijau. Inti durian aku blender jugak coz tak nak bagi bila makan isi durian bersirat. Whipping cream taruk sikit dan inti durian taruk lebih. Biar makan rasa durian.. baru sedap.

DURIAN CREPE

Bahan-Bahan

250gm tepung gandum

3 biji telur

400ml Susu Cair ( aku pakai full cream Dutch Lady)

100ml air

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu kecil pewarna kuning atau hijau

1 sudu kecil butter 

 

Untuk filling:

1 cawan non dairy whipping cream  (aku pakai Gold Label Jenama Rich’s)

Isi Durian secukupnya

 

Cara-Cara

- Pukul whipping cream dalam mixer hingga kental

- Asingkan isi durian dengan biji dan blenderkan. 

 

Cara-Cara Bungkus Crepe

- Bentangkan 1 keping crepe

- Letakkan whipping cream

- Letak isi durian

- Kemudian tutup semula dengan whipping cream

- Lipat crepe dan sejukkan dalam peti sejuk. 

 

Wednesday, November 21, 2012

~ Apam PolkaDot ~

_DSC0671

Gambar atas adalah Apam PolkaDot yang pertama kalinya aku buat.. menjadi.. tertarik.. debomm. Warna warni lagi anak-anak suker makan. Tapi naik cam tak gebu sangat mungkin aku taruk tak penuh kat cup tu. Tak pe la janji makan sedap.. hihihi.

_DSC0689

Kali keduanya aku buat.. first kukus Apam PalkaDot yang belah kiri tu aku terbuka api besar. Tu yang merekah tu. Orang kata cam derhaka pada tepung plak.. hahaha. Yang kanan tu cantik jer naikkan.. tu api kecik.

_DSC0685

Ni hasil anak daraku si Sara yang buat.. yang terakhir bahan yang tinggal.. comel.

_DSC0678

Kalau tang mengacau warna kat aduanan tu memang Sara suker.. Kerja dia la tu pilih warna. Seronok buat Apam PolkaDot ni.. walaupon renyah buat tapi hasil nyer bila dah siap sangat la puas hati. Kalau aku suker lagi taruk inti kaya dengan blueberry.. sedapp.

Resepi Asal : Dapur Mamasya

APAM POLKADOT

Bahan-Bahan

2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry, kaya atau Blueberry – (utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung )
pewarna yg disukai.

Cara-Caranya

1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.- dlm 8-10 min sahaja
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat).
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti.
7.Kukus selama 10-15 minit dg api sederhana.(balut tutup kukusan)

Wednesday, November 14, 2012

~ Kek Pisang ~

_DSC0726

Pertama kalinya mencuba buat Kek Pisang.. Alhamdulillah menjadi pulak tu.. gebu dan lembut sangat. Aku ikut resepi pon dari tenet dan cari bahan-bahan yang senang jer buat. Hasil nyer memang maveloss.. en abang suker sangat makan siap cicah ngan air tongkat ali lagi .. hahaha.

Resepi Asal : JintanManis

KEK PISANG

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila dan asen pisang
2 biji telur

* Walnut, macadamia, pecan nuts & walnut (Optional)

caranya
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.
3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.
4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Thursday, November 8, 2012

~ Ayam Panggang Ala-Ala Kenny Rogers ~

_DSC0734

Aritu dah buat ayam golek kali ni teringin nak makan ayam panggang plak.. so bila goggle nampak Ayam Panggang Ala-Ala Kenny Rogers. Nampak sedap so aku pun mencari bahan-bahan tuk buat Ayam Panggang ni. Hasil nyer sedap sangat.. gambar atas la yang dah siap dengan air assam dan sayur campur nyer. Tak sempat nak buat sos lada hitam. Makan jer la.

_DSC0695

Resepi asal : CT

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

1 ekor ayam - bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

Bahan - bahan untuk make up ayam

3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar herba campuran – beli di tesco
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam (perap selama 3 jam)
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Thursday, November 1, 2012

~ Kek Cawan Coklat ~

_DSC0661

Teringin nak buat Kek Cawan Coklat.. Masa ni aku beli yang dah siap tepung.. cuma taruk telur dengan minyak jagung jer. Senang sangat.. Hasil nyer di atas anak-anak suker sangat.

_DSC0655

Kek Cawan Coklat hasil kerja tanganku..

_DSC0663

Full color.. Kek Cawan Coklat.

_DSC0650

Yang rajin membantu aku kat dapur anak dara sorang ni. Sara memang suker aku membaking. Kalau tak buat dalam seminggu asyik tanya jer.

_DSC0651

Peace yoo.. Di sebabkan bahan-bahan aku beli siap jer. Resepi aku tak sertakan sekali. Cumer nak share jer Kek Cawan Coklat aku ni.. layannn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...