Friday, January 25, 2013

~ Kek Pandan Mable ~

_DSC0542

Apa jenis Kek Mable memang la kegemaran anak dara aku sorang ni. Kalau buat sekejab jer dah habis dia kerjakan. So aritu teringin nak cuba buat perasa pandan. Hasil nyer kat atas.. memang memuaskan. Lagi lama lagi lemak kalau makan Kek Pandan Mable ni. Sedappp.

KEK PANDAN MARBLE

Bahan:

5 biji telur

1 1/2 cawan gula pasir 

1 1/2 cawan mentega @ butter

1 camca besar ovalette

2 sudu susu pekat

3 cawan tepung naik sendiri

1 sudu teh pandan paste

1/2 sudu teh esen vanilla

 

  Cara:

1. Putar gula + mentega + ovalette hingga rata.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji & putar dgn kelajuan tinggi hingga kembang & pekat

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit & putar pada kelajuan perlahan.

4. Masukkan asen vanilla.

5. Adunan dibahagi 2. Satu adunan warna asal dan satu adunan lagi pandan paste.

6. Masukkan adunan asal & pandan berselang seli ke dlm acuan.

7. Bakar dlm oven 180C selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing

Thursday, January 10, 2013

~ Pavlova Enak Sekali ~

_DSC0985

Macam ada musim plak.. kat FB ramai yang kata Pavlova sedap. Bila ramai dah kata sedap dengan yakin nyer aku buat pavlova dengan hasil tanganku. Alhamdulilah sekali buat dah jadi. Tapi aku tak suker sangat pavlova ni terlalu manis bagi aku. So tuk pengajaran hasil pertama ni aku dah tahu kalau lepas ni nak buat harus kena kurangkan gula.

_DSC0981

Rupa Pavlova bila sudah di bakar.

_DSC0973

Serius memang sedap Pavlova kalau makan sejuk-sejuk. Ni kira pencuci mulut.. agak manis tapi bila makan dengan buah-buahan tu rasa masam-masam manis. overall tersangat la sedapp nyer. Habis anak dara aku si sara makan. Resepi kat bawah ni la aku ikut.. memang menjadi.

Resepi Asal : Irma

Resepi Pavlova

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 

1 cawan gula kastor ( guna 3/4 cawan kalau nak mengurangkan manis)

1/2 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh cuka masakan

1/2 sudu besar tepung jagung

 

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream

1 1/2 sudu besar gula halus - pakai gula icing pon boleh.

1/2 sudu teh esen vanilla

 

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. 

2. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3. Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. 

5. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.

6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan.

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2. Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3. Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.

Sunday, December 2, 2012

~ Durian Crepe ~

_DSC0947

Kali ke-2 nyer aku buat Durian Crepe. Mula-mula hari tu aku buat dengan kakak aku. So bila dah pandai camne nak buat crepe yang nipis senipis-nipis nyer. Baru la aku berani nak buat sendiri. Hasil nyer memuaskan hati. Tak terkoyak pon crepe yang aku buat ni. Terbaekk laa.

_DSC0945

Siap taruk dalam bekas plastik lagi.. cam nak menjual plak.. hehehe.

_DSC0952

Aku buat lebih sikit coz niat memang nak bagi kat ibu mertuaku.

_DSC0941

Mula-mula aku buatkan dulu crepe tu sampai habis adunan. Pilihan warna kuning dan hijau. Inti durian aku blender jugak coz tak nak bagi bila makan isi durian bersirat. Whipping cream taruk sikit dan inti durian taruk lebih. Biar makan rasa durian.. baru sedap.

DURIAN CREPE

Bahan-Bahan

250gm tepung gandum

3 biji telur

400ml Susu Cair ( aku pakai full cream Dutch Lady)

100ml air

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu kecil pewarna kuning atau hijau

1 sudu kecil butter 

 

Untuk filling:

1 cawan non dairy whipping cream  (aku pakai Gold Label Jenama Rich’s)

Isi Durian secukupnya

 

Cara-Cara

- Pukul whipping cream dalam mixer hingga kental

- Asingkan isi durian dengan biji dan blenderkan. 

 

Cara-Cara Bungkus Crepe

- Bentangkan 1 keping crepe

- Letakkan whipping cream

- Letak isi durian

- Kemudian tutup semula dengan whipping cream

- Lipat crepe dan sejukkan dalam peti sejuk. 

 

Wednesday, November 21, 2012

~ Apam PolkaDot ~

_DSC0671

Gambar atas adalah Apam PolkaDot yang pertama kalinya aku buat.. menjadi.. tertarik.. debomm. Warna warni lagi anak-anak suker makan. Tapi naik cam tak gebu sangat mungkin aku taruk tak penuh kat cup tu. Tak pe la janji makan sedap.. hihihi.

_DSC0689

Kali keduanya aku buat.. first kukus Apam PalkaDot yang belah kiri tu aku terbuka api besar. Tu yang merekah tu. Orang kata cam derhaka pada tepung plak.. hahaha. Yang kanan tu cantik jer naikkan.. tu api kecik.

_DSC0685

Ni hasil anak daraku si Sara yang buat.. yang terakhir bahan yang tinggal.. comel.

_DSC0678

Kalau tang mengacau warna kat aduanan tu memang Sara suker.. Kerja dia la tu pilih warna. Seronok buat Apam PolkaDot ni.. walaupon renyah buat tapi hasil nyer bila dah siap sangat la puas hati. Kalau aku suker lagi taruk inti kaya dengan blueberry.. sedapp.

Resepi Asal : Dapur Mamasya

APAM POLKADOT

Bahan-Bahan

2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry, kaya atau Blueberry – (utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung )
pewarna yg disukai.

Cara-Caranya

1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.- dlm 8-10 min sahaja
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat).
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti.
7.Kukus selama 10-15 minit dg api sederhana.(balut tutup kukusan)

Wednesday, November 14, 2012

~ Kek Pisang ~

_DSC0726

Pertama kalinya mencuba buat Kek Pisang.. Alhamdulillah menjadi pulak tu.. gebu dan lembut sangat. Aku ikut resepi pon dari tenet dan cari bahan-bahan yang senang jer buat. Hasil nyer memang maveloss.. en abang suker sangat makan siap cicah ngan air tongkat ali lagi .. hahaha.

Resepi Asal : JintanManis

KEK PISANG

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila dan asen pisang
2 biji telur

* Walnut, macadamia, pecan nuts & walnut (Optional)

caranya
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.
3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.
4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...