Sunday, August 5, 2012

~ Cek Mek Molek La Sangat ~

_DSC0824

Kuih Cek Mek Molek adalah salah satu kuih kegemaran aku. So aritu masa buat kuih keria sikit aduanan aku buat kuih cek mek molek ni. Berjaya jugak ler aku membuat nyer sedap dan lembut. Cumer kat adunan ni aku tambahkan majerin sikit supaya lebih sedap dan lembut lagi.

KUIH CEK MEK MOLEK
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-Bahannya

4 biji ubi keledek saiz sederhana
2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
gula secukupnya

Cara-Caranya

Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan, letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas sehingga masak kekuningan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...