Friday, March 21, 2014

~ Nangka Muda + Daging Masak Lemak Cili Padi & Hati Ayam + Kentang Goreng Bercili ~

20140319_195516

Pertama kalinya dengan air tangan sendiri aku masak Nangka Muda Masak Lemak Cili Padi. Hasil nyer sangat la memuaskan hati. Belajar dari emak sendiri tanya melalui telepon jer. Rebus nangka muda sampai empuk air jangan di buang kata emakku nanti manis kuah tu. Kemudian masukkan cili padi dan kunyit hidup yang sudah di belender. Campur daging, serai dan santan. Garam secukup rasa. Simple sajer resepi aku buat.. ni kira resepi orang negeri sembilan.

20140320_124047

Hati Ayam + Kentang Goreng Bercili adalah makanan kegemaranku. Sangat haven kalau makan dengan nasi panas-panas. Resepi tak de apa yang menarik sama jer simple cili, bawang besar, hati ayam dan kentang.. itu ajer.

#PrayForMH370

Thursday, March 20, 2014

~ Lobster & Udang Harimau Masak 3 Rasa ~

_DSC0019

Hari ni berpeluang masak Lobster & Udang Harimau Masak 3 Rasa. Alhamdulillah.. syukur rezeki kami sekeluarga kami malam ni. Lobster dan Udang Harimau kiriman dari Tawau Sabah. Kebetulan masa adik perempuan pergi percutian di Pulau Mabul Sabah aku cepat2 kirim beli Lobster dan Udang Harimau dalam 2 kilo.

_DSC0001

Belajar di youtube cara bagaimana nak siang dan masak lobster.

_DSC0006

Resepi aku adalah cara sendiri. Bahan-bahannya adalah sos tiram, seasoning (sos perasa), serbuk lada hitam, sos cili, sos tomato, serbuk lada putih, bawah besar, tomato, cendawan butang, bawang putih , halia dan cili padi. Main campak-campak hasil nyer adalah sangat memuaskan. En abang pon kata sangat sedap.. licin.

#PrayForMH370

Wednesday, March 5, 2014

~ Kek Cheese Oreo ~

_DSC0997

Semudah ABC membuat Kek Cheese Oreo ni. Hasil dan rasanya adalah memuaskan. Teringin atas faktor aku rajin membuatnya. Semenjak 2 minggu kebelakangan ni aku gian nak makan Kek Cheese Oreo. Lebih baik aku belajar buat sendiri makan pon puas dan modal tak la mahal sangat. Gambar atas Kek Cheese Oreo yang telah siap untuk di makan.

20140304_175018

Antara bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat Kek Cheese Oreo. Semua di dapati di kedai bakeri. Mini oreo aku beli di 7 eleven dan oreo hancur aku beli siap jugak senang. Resepi aku ambil dari FB ‘Buku Resepi"’.dan video melalui youtube. Cuba la buat.. memang senang tak perlu di bakar cuma masuk di dalam peti sejuk untuk semalamam.

KEK CHEESE OREO TAK PERLU BAKAR

250g paket biskut digestive
1 paket biskut oreo (14 keping)
1 paket mini oreos
100g mentega
2 sudu besar air panas
1 sudu besar gelatin powder
2 x 250g pkts cream cheese (suhu bilik)
1 cawan cream pekat (whipping cream)
3/4 cawan gula caster
1/4 cawan susu pekat

https://www.youtube.com/watch?v=iXczdnKz584

Wednesday, February 19, 2014

~ Kek Barbie Doll ~

_DSC0852

Sempena Ulang Tahun Kelahiran anak daraku sorang aku buat sendiri Kek Barbie Doll. Cumer belajar deco melalui youtube sajer. Akhir nyer hasil dengan jayanya. Sara tersangat seronok.. sibuk nak ajak kawan-kawan datang rumah pada 21hb Januari 2014 haritu.

_DSC0884

Semua adunan aku beli yang dah siap jer. Senang aduanan kek aku ambik perasa vanila adalah fav sara. Bila tengok hasil Kek Barbie cantik dan deco-deco pon senang. Lain kali bole buat lagi. Kalau jual Kek Barbie ni kat luar mahu kena harga dalam RM100 lebih agaknyakan. Tapi aku tak jual pon.. buat suker-suker untuk anak-anak boleh la.

Thursday, November 14, 2013

~ Red Velvet Cup Cakes ~

_DSC1016

Waduhh!! lama jugak aku tak update blog Koleksi Santapanku. Bersawang jadi yer. Entry yang dah agak lama baru sekarang nak di publish kan. Kali ni aku cuba buat Red Velvet Cup Cakes. Goggle kat internet jer nak cari resepi. Mula-mula macam rumit nak buat. Bila dah buat nampak jadi… macam senang plak. velagakkan aku.. hihihi.

_DSC1018

Ni la hasil Red Velvet Cup Cakes yang telah siap dibakar dan di hias dengan krim cheese.

_DSC1025_DSC1026

Puas hati.. len kali boleh buat lagi.. cayokk la zana.

_DSC1005

*Resepi goggle di internet*

♥ RED VELVET ♥  Bahan:
1 1/4 cup tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah @ 1 1/2 sudu kecil
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur - gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk - (1/2 cwn susu segar +1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda

Panaskan oven pada suhu 175 C @ bergantug pada oven masing2. Dalam satu bekas, ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.Dalam satu mangkuk yg kecil, satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste @ tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan.Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.
Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung)
Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda.
Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna dgn spatula.
Tuangkan adunan tadi ke dalam kertas cup cakes.
Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit - 1 jam atau sehingga masak. Setelah kek masak, sejukkan dahulu atas redai hingga ia benar2 sejuk.
Hias Cream Cheese ke atas cup cakes.
Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga cream cheese keras sedikit. CREAM CHEESE TOPPING:
250gm cream cheese
4 sudu besar butter
1/3 cwn gula icing, diayak
1 sudu kecil jus lemon
*Cara2: Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Hias la cup cakes ikut kreativiti sendiri.

Sunday, February 17, 2013

~ Kek Coklat Kukus Lapis Keju ~

kekkukus

Hari tu masa tak de apa yang perlu aku buat. Buka fb terpandang blog Mat Gebu. Kek Coklat Kukus Lapis Keju.. nampak sedap dan senang sangat nak buat. Lagi pon bahan-bahan semua dah ada. Apa lagi projek membaking bermula dalam 15 minit jer. Tapi nak kukus dalam 45 minit jugak. Hasil nyer memang maveloss.. en abang dan kakak aku pon kata sedap. Aku makan berulang-ulang kali. Keesokkan hari sekejab jer dah habis. Harus nanti nak buat lagi. Jom tengok resepi asal dari Mat Gebu. Tak rugi mencuba hasilnya pasti menjadi. Cuba la.

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)

2 biji telur gred A

1 cawan gula kastor

1 camca teh esen vanilla 

Sedikit garam

1/2 cawan air panas mendidih

1/2 cawan susu cair/susu segar – aku pakai susu cair

1/2 cawan minyak jagung

1 cawan tepung gandum* – aku pakai tepung naik sendiri tak perlu soda bicarbonate dan baking powder.

3 camca besar serbuk koko* – aku pakai serbuk koko van houten.

1 camca teh soda bicarbonate*

1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)

250 gram cream cheese

60 gram gula halus

1 biji telur grad A

1 camca besar air

1 camca besar tepung gandum

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK BAHAGIAN COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung, putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan bertanda (*) tadi sedikir demi sedikit hingga habis, gaul hingga rata. Kemudian bagi dua sama banyak. Ketepikan sekejap.
  2. UNTUK BAHAGIAN LAPIS CHEESE :- Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim. Masukkan telur, air dan tepung gandum, putar lagi hingga semua sebati dan licin. Ketepikan sekejap.
  3. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE :- Panaskan kukusan, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan berkertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup permukaan tin dengan aluminiu m foil dan kukus dengan api sederhana kuat selama 20 minit. 
  4. Bila kek masak, tuang pula bahagian lapisan cheese, ratakan dan tutup kembali permukaan tin dengan aluminium foil dan sambung kukus 15 minit lagi. Dan akhir sekali tuang baki adunan coklat. Terus mengukus hingga masak.
  5. Kukus kurang lebih 35 minit, ini anda kena check sendiri, lepas 20 minit, buka aluminium foil dan periksa bahagian tengah kek, jika belum masak, sambung kukus sampai kek masak, pastikan anda tutup dengan aluminum foil. Biar kek sejuk dan boleh keluarkan dari tin, boleh dipotong dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk, pastikan anda bungkus atau letak dalam bekas bekas bertutup sebelum disimpan.

Friday, January 25, 2013

~ Kek Pandan Mable ~

_DSC0542

Apa jenis Kek Mable memang la kegemaran anak dara aku sorang ni. Kalau buat sekejab jer dah habis dia kerjakan. So aritu teringin nak cuba buat perasa pandan. Hasil nyer kat atas.. memang memuaskan. Lagi lama lagi lemak kalau makan Kek Pandan Mable ni. Sedappp.

KEK PANDAN MARBLE

Bahan:

5 biji telur

1 1/2 cawan gula pasir 

1 1/2 cawan mentega @ butter

1 camca besar ovalette

2 sudu susu pekat

3 cawan tepung naik sendiri

1 sudu teh pandan paste

1/2 sudu teh esen vanilla

 

  Cara:

1. Putar gula + mentega + ovalette hingga rata.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji & putar dgn kelajuan tinggi hingga kembang & pekat

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit & putar pada kelajuan perlahan.

4. Masukkan asen vanilla.

5. Adunan dibahagi 2. Satu adunan warna asal dan satu adunan lagi pandan paste.

6. Masukkan adunan asal & pandan berselang seli ke dlm acuan.

7. Bakar dlm oven 180C selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing

Thursday, January 10, 2013

~ Pavlova Enak Sekali ~

_DSC0985

Macam ada musim plak.. kat FB ramai yang kata Pavlova sedap. Bila ramai dah kata sedap dengan yakin nyer aku buat pavlova dengan hasil tanganku. Alhamdulilah sekali buat dah jadi. Tapi aku tak suker sangat pavlova ni terlalu manis bagi aku. So tuk pengajaran hasil pertama ni aku dah tahu kalau lepas ni nak buat harus kena kurangkan gula.

_DSC0981

Rupa Pavlova bila sudah di bakar.

_DSC0973

Serius memang sedap Pavlova kalau makan sejuk-sejuk. Ni kira pencuci mulut.. agak manis tapi bila makan dengan buah-buahan tu rasa masam-masam manis. overall tersangat la sedapp nyer. Habis anak dara aku si sara makan. Resepi kat bawah ni la aku ikut.. memang menjadi.

Resepi Asal : Irma

Resepi Pavlova

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 

1 cawan gula kastor ( guna 3/4 cawan kalau nak mengurangkan manis)

1/2 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh cuka masakan

1/2 sudu besar tepung jagung

 

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream

1 1/2 sudu besar gula halus - pakai gula icing pon boleh.

1/2 sudu teh esen vanilla

 

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. 

2. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3. Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. 

5. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.

6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan.

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2. Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3. Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.

Sunday, December 2, 2012

~ Durian Crepe ~

_DSC0947

Kali ke-2 nyer aku buat Durian Crepe. Mula-mula hari tu aku buat dengan kakak aku. So bila dah pandai camne nak buat crepe yang nipis senipis-nipis nyer. Baru la aku berani nak buat sendiri. Hasil nyer memuaskan hati. Tak terkoyak pon crepe yang aku buat ni. Terbaekk laa.

_DSC0945

Siap taruk dalam bekas plastik lagi.. cam nak menjual plak.. hehehe.

_DSC0952

Aku buat lebih sikit coz niat memang nak bagi kat ibu mertuaku.

_DSC0941

Mula-mula aku buatkan dulu crepe tu sampai habis adunan. Pilihan warna kuning dan hijau. Inti durian aku blender jugak coz tak nak bagi bila makan isi durian bersirat. Whipping cream taruk sikit dan inti durian taruk lebih. Biar makan rasa durian.. baru sedap.

DURIAN CREPE

Bahan-Bahan

250gm tepung gandum

3 biji telur

400ml Susu Cair ( aku pakai full cream Dutch Lady)

100ml air

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu kecil pewarna kuning atau hijau

1 sudu kecil butter 

 

Untuk filling:

1 cawan non dairy whipping cream  (aku pakai Gold Label Jenama Rich’s)

Isi Durian secukupnya

 

Cara-Cara

- Pukul whipping cream dalam mixer hingga kental

- Asingkan isi durian dengan biji dan blenderkan. 

 

Cara-Cara Bungkus Crepe

- Bentangkan 1 keping crepe

- Letakkan whipping cream

- Letak isi durian

- Kemudian tutup semula dengan whipping cream

- Lipat crepe dan sejukkan dalam peti sejuk. 

 

Wednesday, November 21, 2012

~ Apam PolkaDot ~

_DSC0671

Gambar atas adalah Apam PolkaDot yang pertama kalinya aku buat.. menjadi.. tertarik.. debomm. Warna warni lagi anak-anak suker makan. Tapi naik cam tak gebu sangat mungkin aku taruk tak penuh kat cup tu. Tak pe la janji makan sedap.. hihihi.

_DSC0689

Kali keduanya aku buat.. first kukus Apam PalkaDot yang belah kiri tu aku terbuka api besar. Tu yang merekah tu. Orang kata cam derhaka pada tepung plak.. hahaha. Yang kanan tu cantik jer naikkan.. tu api kecik.

_DSC0685

Ni hasil anak daraku si Sara yang buat.. yang terakhir bahan yang tinggal.. comel.

_DSC0678

Kalau tang mengacau warna kat aduanan tu memang Sara suker.. Kerja dia la tu pilih warna. Seronok buat Apam PolkaDot ni.. walaupon renyah buat tapi hasil nyer bila dah siap sangat la puas hati. Kalau aku suker lagi taruk inti kaya dengan blueberry.. sedapp.

Resepi Asal : Dapur Mamasya

APAM POLKADOT

Bahan-Bahan

2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry, kaya atau Blueberry – (utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung )
pewarna yg disukai.

Cara-Caranya

1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.- dlm 8-10 min sahaja
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat).
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti.
7.Kukus selama 10-15 minit dg api sederhana.(balut tutup kukusan)

Wednesday, November 14, 2012

~ Kek Pisang ~

_DSC0726

Pertama kalinya mencuba buat Kek Pisang.. Alhamdulillah menjadi pulak tu.. gebu dan lembut sangat. Aku ikut resepi pon dari tenet dan cari bahan-bahan yang senang jer buat. Hasil nyer memang maveloss.. en abang suker sangat makan siap cicah ngan air tongkat ali lagi .. hahaha.

Resepi Asal : JintanManis

KEK PISANG

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila dan asen pisang
2 biji telur

* Walnut, macadamia, pecan nuts & walnut (Optional)

caranya
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.
3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.
4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Thursday, November 8, 2012

~ Ayam Panggang Ala-Ala Kenny Rogers ~

_DSC0734

Aritu dah buat ayam golek kali ni teringin nak makan ayam panggang plak.. so bila goggle nampak Ayam Panggang Ala-Ala Kenny Rogers. Nampak sedap so aku pun mencari bahan-bahan tuk buat Ayam Panggang ni. Hasil nyer sedap sangat.. gambar atas la yang dah siap dengan air assam dan sayur campur nyer. Tak sempat nak buat sos lada hitam. Makan jer la.

_DSC0695

Resepi asal : CT

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

1 ekor ayam - bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

Bahan - bahan untuk make up ayam

3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar herba campuran – beli di tesco
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam (perap selama 3 jam)
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Thursday, November 1, 2012

~ Kek Cawan Coklat ~

_DSC0661

Teringin nak buat Kek Cawan Coklat.. Masa ni aku beli yang dah siap tepung.. cuma taruk telur dengan minyak jagung jer. Senang sangat.. Hasil nyer di atas anak-anak suker sangat.

_DSC0655

Kek Cawan Coklat hasil kerja tanganku..

_DSC0663

Full color.. Kek Cawan Coklat.

_DSC0650

Yang rajin membantu aku kat dapur anak dara sorang ni. Sara memang suker aku membaking. Kalau tak buat dalam seminggu asyik tanya jer.

_DSC0651

Peace yoo.. Di sebabkan bahan-bahan aku beli siap jer. Resepi aku tak sertakan sekali. Cumer nak share jer Kek Cawan Coklat aku ni.. layannn..

Monday, October 29, 2012

~ Tempahan Dari Air Tanganku ~

kek13

Jom layan tempahan yang pernah aku buat. Sebenar nyer.. suker-suker jer aku buat kek-kek ni. Orang-orang yang rapat jer aku terima tempahan. Aku pon bukan pandai sangat nak berdeko-deko bagai. Gambar atas tempahan dari neena masa Hari Raya AidilAdha aritu.

kek14

Tempahan dari Neena jugak.

kek12

Aku buatkan kek tuk ibu mertuaku sempena Hari Raya AidilAdha.

kek11

Tempahan dari Liza aka jiran.

kek10

Ni plak aku sajer buat tuk makan-makan. cream tak cukup main redah jer.. hahaha.

kek9

Tempahan dari adikku Kak Cik sempena hari Lahir suami dia.

kek15

Tempahan dari kakak aku.. kak ngah. Tuk makan-makan kat ofis dia. Semua kek kat atas ni adalah Kek Lobak Merah. Semua atas permintaan.

Notajariku -  Buat yang menerima tempahan.. minta maaf la kalau-kalau ada kekurangan yer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...